Dec 25, 2013

Apakah Ekstrak Acadian Seaweed...?



Rumpai Laut dikenali Acadian Seaweed, nama saintifik: Acophyllum nodosum
Rumpai Laut / Acadian Seaweed


Salam Sejahtera dan Salam Hormat.

Sepanjang pengalaman pencarian saya kepada kaji selidik jenis-jenis baja cecair yang terdapat di negara kita beberapa tahun yang lepas, saya dapati hanya baja DI Grow sahaja yang saya perhatikan adanya terdapat kandungan sumber organik khazanah laut iaitu rumpai laut dikenali Acadian Seaweed atau nama saintifiknya ialah Ascophyllum nodosum.

Dec 24, 2013

Kesan dan Fungsi baja DI Grow


Salam Sejahtera dan Salam Hormat.

Anda tidak akan menghadapi apa-apa kerugian apabila menggunakan baja foliar DI Grow, kerana baja ini memiliki kelebihan tersendiri berbanding baja foliar yang lain atas beberapa faktor. Apapun dia jenis tanaman yang anda usahakan, baja DI Grow ini sesuai digunakan. kerana kita berada dalam kawasan iklim tropika.

Dec 19, 2013

Sektor pertanian penyumbang tertinggi KDNK


“Pendekatan kerajaan menggalakkan usaha-usaha kreatif dan berinovatif ke arah mentransformasikan sektor pertanian sedia ada supaya terus kekal sebagai penyumbang utama ekonomi negeri,” 


Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin

Sektor pertanian merupakan penyumbang tertinggi ke atas Keluaran Negeri Kasar (KDNK) Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata, sumbangan sektor pertanian dianggar berjumlah 21 peratus daripada RM44.4 billion KDNK negeri ini.

Dec 12, 2013

Panduan semburan baja DI Grow untuk Kelapa Sawit


Bagaimana aplikasi semburan baja DI Grow 

terhadap pokok Kelapa Sawit....?


Apabila anda memulakan penggunaan baja foliar DI Grow terhadap kebun pokok kelapa sawit, pertama sekali anda hendaklah memulakan dengan penggunaan DI Grow Hijau pada bulan pertama, kemudian gunakan DI Grow Merah pada bulan ke-dua, selepas itu gunakan DI Grow Hijau pada bulan ke-tiga dan begitulah lanjutannya diselang selikan di antara DI Grow Hijau dan DI Grow Merah secara tekal sepanjang masa.

Dec 6, 2013

Pengalaman menggunakan baja cecair organik (Bahagian 2)


Salam sejahtera dan salam hormat.

Setelah menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh pekerja tentang kesan samping daripada penggunaan baja cecair yang digunakan itu, saya pun berehat untuk beberapa hari dan berfikir apa lagi yang perlu saya lakukan selepas ini. Saya tidak berpuas hati, lalu kembali ke paparan online untuk mebuat semakan kalau-kalau ada sesuatu yang baru saya temu, saya tidak akan berputus asa mesti ada jalan penyelesaiannya.

Dec 5, 2013

Pengalaman menggunakan baja organik cecair (Bahagian 1)


Salam sejahtera dan salam hormat.

Saya adalah usahawan pertanian khusus dalam bidang penanaman kelapa sawit sejak tahun 2007 di Sandakan, Sabah. Pada masa itu semua sumber yang berhubungkait dengan proses penanaman sawit agak lancar serta pada harga yang berpatutan.