Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah kini tumpukan perhatian untuk membangunkan industri Pisang Sabah.
Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) Anita Misuari (gambar) berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Beaufort kali ke-38 yang diadakan di Dewan Mini Perpustakaan Beaufort pada Isnin.
“PPNS sedang memulakan usaha untuk menggalakkan golong peladang untuk menanam pisang di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti berpotensi di Pantai Barat khususnya di Kota Merudu yang kini mula mengeluarkan Pisang Sabah secara besar-besaran,” katanya.
Menurutn Anita, buat masa kini Kota Merudu antara pengeluar Pisang Sabah dengan penanaman Pisang Sabah seluas 350 hektar dan berkemampuan mengeluarkan Pisang Sabah 100 metrik tan sebulan
“Memandangkan permintaan Pisang Sabah yang semakin meningkat, PPNS kini turut mengenal pasti beberapa daerah di negeri ini yang berpotensi sama menjadi pengeluar Pisang Sabah antaranya Nawaban, Tenom, Tambunan dan Kalabakan iaitu di Pantai Timur Sabah,” kata Anita.
Katanya, Pisang Sabah ini akan di eksport ke Semenanjung Malaysia atas permintaan yang tinggi dengan harga yang sangat baik iaitu di antara RM0.90 sen hingga RM1.00 sekilogram.
Anita berkata PPNS akan memberi khidmat nasihat kepada peladang-peladang khusus dalam penanaman pisang Sabah ini.
Beliau berkata PPNS juga menyediakan Skim Kredit Ladang Tersedia iaitu peladang-peladang yang berminat dan mahu terlibat dalam industri ini, PPNS bersedia membiayainya melalui Skim Kredit Ladang Terselia
“Peladang boleh ambil Skim Kredit Ladang Terselia tetapi hasil Pisang Sabah itu akan dijual kepada PPNS untuk memastikan pasaran dan bekalan Pisang Sabah terus terjamin dan konsisten,” tambahnya.
“Seperti biasa katanya Pisang Sabah di Semenanjung diminati kerana rasa yang enak sama ada untuk goreng dan ia juga amat sesuai untuk menjadi kerepek pisang,” kata Anita
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Dato Nazri Abdullah berkata selaku Pengerusi PPK Beaufort beliau akan turut memberikan tumpuan kepada daerah Beaufort untuk terlibat sama dalam Industri Pisang Sabah.
Beliau berkata banyak kawasan di Daerah ini berpotensi untuk tanaman Pisang Sabah maka kita akan beri tumpuan kepada industri ini untuk membantupetani termasuk Skim Kredit Ladang Terselia.
Nazri mahu Beaufort menjadi antara pengeluar Pisang Sabah terbesar yang mampu memberikan pulangan ekonomi kepada peladang-peladang.
Sumber: newsabahtimes

No comments:
Post a Comment