Utama


Salam Sejahtera dan Selamat Datang



Terima kasih dan melayari laman web ini, sebagai makluman anda kami adalah usahawan yang berkecimpung dalam aktiviti pertanian terutama projek penanaman kelapa sawit dan pada masa sama sebagai pengedar sah produk pertanian sejenis baja organik foliar "DI Grow" produk keluaran Malaysia.

Sejak kebelakangan ini ramai petani merungut dengan masalah pembelian baja yang melambung tinggi harganya di pasaran negara kita. Ia adalah ekoran kesan daripda tempias kemerosotan ekonomi dunia dan tidak ketinggalan menjejaskan banyak usahawan termasuk sektor pertanian. Peristiwa itu telah menyebabkan penurunan dan kekurangan pengeluaran hasil disebakan ketidaksempurnaan keperluan pembajaan terhadap tanaman mereka.

Rungutan yang sering menyelubungi petani, kini telah terjawab oleh sejenis baja keluaran tempatan yang diadun, dirumus dan menerusi kombinasi formula teknologi dari Amerika Syarikat. Ia adalah baja jenis foliar (cecair) yang dirumus dengan sumber organik asli serta khusus dicampur dengan ekstrak rumpai laut (Acadian Seaweed) yang amat berkesan terhadap pertumbuhan, kesuburan dan pembungaan serta pembuahan.

Baja ini sangat sesuai digunakan ke atas semua jenis tanaman di kawasan iklim tropika dan sederhana tropika dari kategori sayur-sayuran, tanaman hiasan dan jambangan, pokok buah-buahan serta tanaman kormesial seperti kelapa sawit, koko, kopi dan sebagainya.

Laporan wartawan mengenai keberkesanan baja organik cecair DI Grow telah dimuatkan di dalam akbar Utusan Malaysa pada 09 Ogos 2010 anda boleh lihat dan baca di sini: ARKIB UTUSAN MALAYSIA

________________________________________________
 
 
 
________________________________________________


TANDA KETIDAKSEIMBANGAN
NUTRIEN TUMBUHAN

Nitrogen
Daun akan mengecil, berwarna pudar dan tumbesaran lambat / lewat

Phosforus
Sistem akar tumbuh dengan lemah, daun kering, pudar dan gugur

Kalium
Tumbesaran lambat dan mudah diserang jangkitan penyakit

Magnesium
Pertumbuhan terbantut, lambat bertunas dan berbuah

Sulfur
Batang rapuh, buah lambat matang serta daun hijau 

Boron
Sistem akar lemah dan mudah tumbang


TUJUAN PEMBAJAAN TERHADAP TUMBUHAN

Menambah bahan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan

Meningkatkan hasil dan mutu tanaman

Memanjangkan jangka hayat tumbuhan

Mencegah pengguguran putik, bunga dan buah

Mempertingkatkan daya tahan tanaman / mencegah penyakit dan lain-lain







Pokok nangka (Gambar atas) di kawasan penanaman kelapa sawit Kg. Lalasun, Rancangan Sungai Manila, Sandakan. Beberapa tahun saya perhatikan pokok nangka tersebut tidak mengehasilkan buah. Kemudian saya telah menyemburnya dengan baja DI Grow Hijau pada bulan Mac 2012, sebulan selepas itu saya sembur dengan DI Grow Merah kemudian sebulan selepasnya saya sembur lagi dengan DI Grow Hijau. Pada bulan ke empat, pokok nangka berkenaan telah menghasilkan buah, ini adalah kesan daripada kekuatan semburan baja DI Grow menggalakkan pembungaan dan pembuahan ke atas pokok nangka berkenaan..





Tempahan / Pembelian klik di sini...!

 
http://pengedardigrow.blogspot.com/p/tempahan-produk.html



TERDAPAT DUA JENIS BAJA DI GROW

Syarikat pengeluar baja DI Grow telah merumuskan dua jenis baja foliar ini, iaitu DI Grow Hijau (growth booster) dan DI Grow Merah (fruits & flowers booster). DI Grow Hijau sesuai digunakan untuk membaja tanaman atau pokok pada peringkat awal pertumbuhannya. Manakala DI Grow Merah pula amat sesuai digunakan pada tanaman dan pokok pada peringkat matang atau sedang dalam proses pembungaan dan pembuahan.



DI Grow Hijau - N:21 P:21 K:21 
  • Mengandungi mikro-nutrien kelat dan bio-perangsang yang dapat mengatasi kekurangan nutrien tanaman. 
  • Menggalakkan percambahan biji, pertumbuhan akar dan pertumbuhan umum yang lain. 
  • Menggalakkan tumbesaran sel-sel supaya menghasilkan tanaman yang lebih subur yang dapat memanafaatkan proses perbungaan dan perbuahan. 
  • Meningkatkan kadar fotosentisis daun dan merangsangkan penyerapan nutrien oleh akar tumbuh-tumbuhan. 
  • Rumusan yang sesuai untuk digunakan bersama racun serangga dan racun kulat. 
  • Bersifat mesra alam.

Kandungan DI Grow Hijau



DI Grow Merah - N:12 P:25 K:30

  • Mengandungi mikro-nutrien dan bio-perangsang yang dapat mengatasi masalah kekurangan nutrien tanaman. 
  • Mempercepatkan kematangan tanaman. 
  • Merangsang proses perbungaan dan perbuahan serta mengurangkan keguguran bunga dan putik. 
  • Meningkatkan kualiti buah serta jangka hayatnya. 
  • Meningkatkan kadar fotosentisis daun dan merangsangkan penyerapan nutrien oleh akar tumbuh-tumbuhan. 
  • Rumusan yang sesuai untuk digunakan bersama racun serangga dan racun kulat. 
  • Bersifat mesra alam.

Kandungan DI Grow Merah



Ciri-ciri utama DI Grow 
  • Mengandungi unsur mineral lengkap untuk tumbuhan. 
  • Membantu penyerapan nutrien pada tumbuhan. 
  • Mengurangkan kesan lecur, pengguguran bunga, putik dan buah. 
  • Menambah jumlah kuantiti bunga, buah dan kualiti buah. 
  • Menambah hasil 70% - 100%. 
  • Penggalak bunga dan buah. 
  • Menjimatakan kos pembajaan sebanyak 30% - 50%. 
  • Mesra Alam.


Apa kata petani yang menggunakan DI Grow









Tempahan / Pembelian klik di sini...!

http://pengedardigrow.blogspot.com/p/tempahan-produk.html




   Drp: 
   Alawih D. Yusop
   H/p: 017-8957088
   Email: alawih59@gmail.com


Perhatian:

Goncang terlebih dahulu sebelum digunakan. Elakkan semburan apabila matahari terik. Masa yang paling sesuai untuk semburan ialah pada waktu senja atau pagi. Ulang semburan sekiranya hujan turun dalam masa 6 jam selepas semburan.

Pastikan, rumput dan lalang dibersihkan terlebih dahulu di sekeliling tanaman dan pokok sebelum menggunakannya. Sementara pada tanaman berbentuk sayuran, hendaklah mengurangkan rumput-rumput berhampiran. Tujuannya adalah untuk mendapatkan semburan yang lebih berkesan.


" Pertanian adalah perniagaan sepanjang zaman "