Dec 12, 2013

Panduan semburan baja DI Grow untuk Kelapa Sawit


Bagaimana aplikasi semburan baja DI Grow 

terhadap pokok Kelapa Sawit....?


Apabila anda memulakan penggunaan baja foliar DI Grow terhadap kebun pokok kelapa sawit, pertama sekali anda hendaklah memulakan dengan penggunaan DI Grow Hijau pada bulan pertama, kemudian gunakan DI Grow Merah pada bulan ke-dua, selepas itu gunakan DI Grow Hijau pada bulan ke-tiga dan begitulah lanjutannya diselang selikan di antara DI Grow Hijau dan DI Grow Merah secara tekal sepanjang masa.

Anda akan nampak perubahan yang sangat ketera selepas enam bulan semburan, dedaunan kelapa sawit kelihatan menghijau kepekatan sementara pelepah kelapa sawit rasa lembut apabila ditumbak pada masa sama buah kelapa sawit bertambah lebat dan besar kesan daripada penggunaan baja foliar DI Grow.


CONTOH JADUAL PENGGUNAAN DI GROW


 1 
     Bulan Januari      DI Grow Hijau
 2 
     Bulan Februari      DI Grow Merah
 3 
     Bulan Mac      DI Grow Hijau
 4 
     Bulan April      DI Grow Merah
 5 
     Bulan Mei      DI Groe Hijau


Cara yang terbaik menggunakan DI Grow dengan menyembur pada daun kelapa sawit (untuk pokok yang masih rendah), keliling batang pokok setinggi 3 kaki dari pangkalnya ke atas, tanah di sekeliling pokok. Sementara untuk pokok yang tinggi sembur DI Grow pada keliling batang pokok bermula dari pangkal ke atas setinggi 3 kaki dan bahagian tanah keliling 3 kaki.

Pastikan penyemburan DI Grow dilakukan selepas proses tuaian/menumbak buah, kerana DI Grow akan menggantikan nutrien (zat makanan) pokok yang telah hilang selepas proses tuaian.

Seperkara lagi, sebelum menyemburkan baja DI Grow, pastikan untuk membersihkan kawasan keliling pokok daripada ditumbuhi rumput rumpai, kerana ia akan mengurangkan penyerapan oleh akar pokok sawit.

DI Grow Hijau berfungsi untuk proses menyuburkan pokok sawit dan pada masa sama boleh mengeluarkan bunga dan buah.

DI Grow Merah berfungsi untuk proses meningkatkan dan menambah bunga dan buah serta memperbaiki mutu/kualiti dan hasil tuaian buah sawit.


SUKATAN SEMBURAN DI GROW UNTUK POKOK SAWIT


USIA POKOK SAWIT
DI GROW
AIR
  Pokok 1 - 4 Tahun   75 ml (3 penutup)   18 liter air  
  Pokok 5 - 9 Tahun   100 ml (4 penutup)   18 liter air
  Pokok 10 - 14 Tahun   200 ml (8 penutup)   18 liter air
  Pokok 15 Tahun Ke-atas   300 ml (12 penutup)   18 liter air


INFO PENTING:

1.  Jangan dicampur dengan racun rumpai.
2.  Jangan sembur pada waktu panas (masa yang sesuai pada waktu pagi dan petang)
3.  Ulangi semburan apabila hujan turun dalam masa 6 jam selepas menyembur.

Admin

1 comment: