Sep 9, 2016

7 Buah Jenis Bantu Anak Fokus Dalam Kelas



Ibu bapa perlu sedar yang faktor pemakanan memainkan peranan penting dalam membentuk daya tumpuan anak-anak ketika di dalam kelas. Mengapa berlaku sedemikian?

Kalau anak-anak tidak mendapat nutrisi secukupnya, sel-sel otak tidak dapat bekerja dengan efektif ketika waktu pembelajaran. Secara tak langsung, ini akan menjejaskan prestasi akademi mereka.

Ketahui bahawa terdapat tujuh jenis buah-buahan yang boleh diberikan kepada anak-anak untuk membentuk tumpuan anak-anak ketika di dalam kelas.

1. Pisang
Ini merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin B. Mengandungi khasiat yang membantu meningkatkan tenaga serta tumpuan khasnya sel-sel otak untuk bekerja.

2. Beri (berries)
Buah-buahan jenis ini mengandungi antioksida yang berupaya mengelakkan kemusnahan sel-sel otak yang disebabkan radikal bebas.

3. Avocado
Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

4. Epal
Buah ini mengandungi antioksida yang dipanggil quereetin yang membantu mencegah kerosakan mental.

5. Bijirin penuh
Bijirin penuh ini tinggi dengan serat yang membantu dalam mengurangkan risiko keradangan, tekanan oksidatif dan penyakit vascular yang berkaitan dengan otak serta jantung.

6. Buah oren atau jambu batu
Kedua-dua buah ini mengandungi vitamin C yang membantu dalam pembesaran mental dan fizikal kanak-kanak.

7. Kekacang
Mengandungi kolina (choline) yang membantu dalam ingatan serta kesihatan minda dan fokus.

KAEDAH PENGAMBILAN

Disertakan panduan terbaik untuk mengambil buah-buahan ini.

Sarapan pagi: Hidangan sarapan + bijirin (1 cawan) + pisang (1 cawan hidangan)

Tengah hari: Hidangan tengah hari + oren/jambu (1 cawan hidangan)

Makan malam: Hidangan malam + epal/avocado (1 cawan hidangan)

Bagi menggalakkan pemakanan ini kepada anak-anak, ibu bapa hendaklah memvariasikan cara hidangan seperti membuat jus buah atau aiskrim daripada buah-buahan. Atau anda boleh juga campurkan ke dalam makanan kegemaran anak-anak seperti lempeng pisang dan yogurt strawberi atau blueberry.


Sumber:  keluarga.my


No comments:

Post a Comment