Jan 22, 2017

SARAPAN BERSAMA TELOR DAPAT MENYIHATKAN OTAK




Ini adalah berita gembira untuk individu yang gemar bersarapan dengan telor. Sebab, menurut kajian terkini bersarapan dengan telor adalah sanat bermanafaat kepada kesihatan otak kita.

Menurut sumber kaji selidik di sebuah negara Eropah (Finland) daripada satu analisis pola pemakanan pada 2,497 individu berusia antara 42 - 60 tahun tidak menghadapai gangguan memori diperhatikan dan dipantau selama 22 tahun.

Kajian mendapat, mereka yang bersarapan dengan telor memilik keaktifan yang lebih baik menerusi penyelidikan neuro-psikologis di bahagian lobus frontal (Frontal Lobe). Lobus frontal adalah terletak bahagian hadapan otak yang berkaitan denganfungsi kognitif.

Menurut kaji selidik oleh Profesor Jyrki Virtanen dari University of Eastern Finland, telor mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh otak. Iaitu; protein, antioksidan lutein, zeaxanthin dan vitamin E, D serta A.

Kandungan vitamin E pada telor dapat mengurangkan risiko serangan jantung kepada individu yang mengalami penyakit lemah jantung. Manakala kandungan lutein pada telor pula membantu melindungai jantung daripada arteri tersumbat.

Sementara itu, menurut kajisan mengamalkan pemakanan hanya sebiji telor sehari dapat mengurangkan risika stroke sehingga 12 peratus.


Sumber:  Dian Maharani / Kompas

No comments:

Post a Comment