Nov 28, 2015

Najib : Sektor Agro Makanan Perlu Dibangun Lebih Dinamik, Moden dan Inovasi


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terima cendrahati
 


Sektor pengeluaran agro makanan negara perlu dibangunkan dengan lebih dinamik, moden, serta berinovasi, dan tidak boleh terperangkap dalam kerangka minda lama yang menganggap bidang pertanian sebagai satu aktiviti untuk sara diri semata-mata.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil contoh kejayaan negara seperti Belanda, Jepun, New Zealand dan Australia dalam menjuarai eksport hasil pertanian dunia, apabila pengusahanya berjaya mengadaptasi teknologi di samping mengamalkan kaedah pertanian berinovasi untuk memperoleh produktiviti yang lebih tinggi.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha menggalakkan para peladang, penternak, dan nelayan memanfaatkan teknologi untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, di samping memastikan seluruh rakyat turut mendapat manfaat daripada kemajuan sektor pertanian negara.

Katanya di bawah Bajet 2016, kerajaan menyediakan peruntukan RM5.3 bilion khusus untuk sektor pertanian, di samping menggerakkan inisiatif untuk menurunkan harga barangan dengan rancangan untuk menambah 50 lagi pasar tani di seluruh negara serta 150 Agro Bazar Rakyat 1Malaysia tahun depan.

“Suka saya umumkan empat pasar tani baharu akan dibuka di Sarawak, di samping 10 Agro Bazar Rakyat 1Malaysia tahun depan,” katanya semasa berucap merasmikan Hari Peladang, Penternak, Nelayan peringkat Kebangsaan 2015 (HPPNK) di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini hari ini.


Sumber:  umno-online


 

No comments:

Post a Comment